Catatan

Day4 Rokko Snow Park & Tsutenkaku Tower (Osaka Shinsekai)

Imej
                           Haiii...assalammualaikum & salam sejahtera,hari ini merupakan hari yang ke empat kami di sini.Memandangkan esok kami akan pulang ke tanah air Malaysiaku tercinta,jadi kami mengambil peluang bercuti pada musim sejuk ini untuk bermain salji.Mengikut plan asalnya kami merancang untuk bermain salji di Hakodateyama Ski Resort tetapi memandangkan perjalanan yang sedikit jauh dan agak memakan masa yang lama, maka kami bertukar arah untuk bermain salji di Rokko Snow Park...main salji pun acah2 je tak tahan sejuk tuu...Walaupun di Rokko Snow Park saljinya bercampur dengan salji buatan, tapi kami tetap enjoy menghabiskan waktu di sini. 1.Rokko Snow Park  naik cable car sejuk oiiitt.. hollahh...nampak enjoy di situ Setelah puas dan kepenatan bermain salji,kami berhenti mengisi perut yang mula kelaparan minta di isi maklumlah sejuk2 kan perut mudah lapar.Terdapat sebuah cafe berdekatan yang meyediakan hidangan halal serta ruang solat bagi kemudah

Day3 Arashiyama Bamboo Forest,Fushimi Inari & Gion

Imej
                    Asalammualaikum & salam sejahtera..,Perjalanan hari ke 3 ini di teruskan pula menuju ke daerah Kyoto.Seawal jam 8 pagi kami telah memulakan perjalanan dengan menaiki train dan masih menggunakan Kansai Thru Pass untuk ke lokasi2  lawatan pada hari ini.Hari ini kami akan ke Arashiyama Bamboo Forest,melawat temple di Fushimi Inari & melawat deretan banggunan kedai yang masih mengekalkan ciri2 traditional iaitu di kawasan yang di beri nama Gion..Mengikut perancangan juga kami akan menikmati hidangan tengahhari dan menunaikan solat di sini. 1.Arashiyama Bamboo Forest Sangat cantik view kat sini aliran sungai dan gunung2 kat sini sangat mendamaikan 2.Fushimi Inari Alhamdulillah sampai juga di sini kami sampai di sini je..tak larat nak naik kat atas hi..hi.. 3.Gion di sekitar kawasan Gion bersama awek2 jepun berkimono Alahamdulillah perjalanan hari ini di permudahkan dan selamat dengan jayanya ke destinasi2 yang telah di

Day2 Nara Park,Kofukuji Temple,Masjid Kobe & Kitano Ijinkan

Imej
                         Assalammualaikum...Alhamdulillah hari ni dah masuk hari yang ke 2 kami di bumi jepun,dan syukur sangat2 masih dapat meneruskan perjalanan kami untuk ke destinasi yang telah di rancang walaupun dalam keadaan kaki yang sakit akibat naik turun tangga menggunakan public transport ..he..he..semangat tu penting ye..Hari ni kami akan ke Nara Park misi bermain dengan rusa,melawat Kofukuji Temple,mencari mochi di Kitano Ijinkan dan juga menunaikan solat di Masjid Kobe salah satu masjid bersejarah di dalam kisah perang dunia ke 2, serta makan tengahari di sebuah restoran halal  berhampiran kawasan Masjid Kobe.Perjalanan ke Nara dan Kobe dengan menaiki train serta menggunakan Kansai Thru Pass (3 days pass)sangat menjimatkan kos pengangkutan kami pada hari ini.Al maklumlah kami banyak bertukar2 train untuk ke satu destinasi ke destinasi yang lain. 1.Nara Park berebut2 lah hampa ..sabaq sat ceklin bagi sorang satu biskut steadyla encik suami i..

Day1 Osaka City Tour,melawat Osaka Castle,Tempozan Feris Wheel,Kayukan Aquarium & Dontobori/Shinshaibashi

Imej
                           Hari pertama perjalanan kami adalah untuk melawat Osaka Castle,Tempozan Feris Wheel,Kayukan Aquarium & Dontobori/Shinshaibashi ala2 City Tour gitew... Untuk melawat ke lokasi2 tersebut kami hanya menggunakan Osaka Amazing Pass dan ianya sangat jimat untuk kos pengangkutan kami sepanjang satu hari ini.Seawal jam 8 pagi kami berkumpul dan mula bergerak menuju ke lokasi pertama kami pada hari ini ke Osaka Castle dengan menaiki train Chuo Line..Alhamdulillah kami berjaya tiba ke destinasi pertama kami dengan jayanya..weehuu.. 1.Osaka Castle berhenti rehat di sini dulu...snap picture sedasss.. holaaa...kami dah sampai di halaman luar Osaka Castle Untuk melawat ruang di dalam Osaka Castle kami hanya menggunakan Osaka Amazing Pass tanpa perlu membayar ticket masukJika ingin bergambar dengan menggunakan kimono juga,terdapat booth yang menyediakan khidmat sewa kimono untuk di gunakan sebagai sesi fotografi barulah feel kan...he,,he..ceklin tak sempat

Percutian ke Osaka Japan, winter Trip (Jan 2019)

Imej
                            KONICHIWAA....Haloo Assalammualaikum semua...update terkini kisah percutian kami ke negara matahari terbit untuk di abadikan kenangannya di sini.Ini adalah merupakan kali pertama kami menjejakkan kaki di salah satu bandar yang terbesar serta moden namun masih mengekalkan ciri2 traditional dan sangat terkenal dengan keindahan budayanya yang tersendiri iaitu bandar Osaka.Macam biasa ceklin jika bercuti ke luar negara pasti di temani oleh suami tersayang dan juga bersama sahabat2 backpacker yang lain.Plan percutian kali ini di anggarkan selama 6 hari 5 malam bermula pada tarikh 13-18 januari 2019 & musim pilihan kali ini adalah musim sejuk a.k.a musim salji.Tapi rata2 semua dah tahu di bandar Osaka ni sangatlah tipis untuk melihat dan menikmati keindahan snow yang turun ala2 hujan tu,tetapi keadaan suhu yang sangat rendah dengan tiupan angin yang sepoi2 sudah cukup membuatkan kami berasa sejuk beku hingga ke tulang hitam.Jadi sangatlah di sarankan menye

1 Hari di Kota Singapore (2018)

Imej
         Haiii...Asallammualaikum semua & salam sejahtera..terima kasih pada yang sudi sambung membaca kisah ceklin yang seterusnya..Oraitee kita sambung terus ye hi..hi..Pagi ni tepat jam 9.00 pagi ceklin dan rombongan telah di bawa oleh tour guide dari Singapore berjalan menuju ke lokasi pertama pada hari ini.Lokasi pertama kami pagi ini adalah di Merlion Park,Cavanagh Bridge & Mirror Balls.Memandangkan percutian singkat kami  ke Singapore ini jatuh pada cuti umum iaitu cuti semperna Perayaan Tahun Baru Cina,maka memang ketika ini sangat padat dengan kehadiran pelancong2 yang bercuti di sini.Di sini kami menikmati permandangan serta tidak ketinggalan bergambar kenangan sebagai tanda kami telah pun sampai ke Singapore. Taraaa...pose jangan tak pose apa yang di renungkan tu pun tak tahulahh...               Lokasi seterusnya kami di bawa pula  ke Mustafa Centre untuk memberi peluang kepada kami berbelanja serba sedikit cenderahati untuk di bawa pulang ke

Percutian Day Trip ke Singapore

            Assalammualaikum & salam  sejahtera semua......lama rasanya tak menulis di ruangan bloog ceklin ni rinduunyaa...tak tahulah ada ke yang sudi singgah ke bloog ceklin ni,harap2 ada la yerr... Okeyy perkongsian story ceklin pada kali ini adalah mengenai pengalaman bercuti secara singkat atau lebih tepat lagi al kisah percutian Day Trip ke Singapore baru2 ini.Secara jujurnya ceklin belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Kota Singapura sebelum ini,walaupun ramai yang kata Negara jiran kita ni bukannya jauh sangatkan...hi...hi...tapi itulah hakikatnya.                Percutian ke Singapore pada kali ini,ceklin masih menggunakan khidmat travel agensi sebab apa tau kalau ceklin & husband berjalan berdua aje macam tak seronoklah pulakkan..,So kami memilih untuk join trip ke Singapore ni secara beramai2 barulah meriahh gituuu.....Ohh ya sebelum  tu ceklin nak share info bagi mereka yang sememangnya kaki travel tapi lebih suka berjimat dan tidak suka serabut kepala untuk sus