Day1 Osaka City Tour,melawat Osaka Castle,Tempozan Feris Wheel,Kayukan Aquarium & Dontobori/Shinshaibashi

                           Hari pertama perjalanan kami adalah untuk melawat Osaka Castle,Tempozan Feris Wheel,Kayukan Aquarium & Dontobori/Shinshaibashi ala2 City Tour gitew... Untuk melawat ke lokasi2 tersebut kami hanya menggunakan Osaka Amazing Pass dan ianya sangat jimat untuk kos pengangkutan kami sepanjang satu hari ini.Seawal jam 8 pagi kami berkumpul dan mula bergerak menuju ke lokasi pertama kami pada hari ini ke Osaka Castle dengan menaiki train Chuo Line..Alhamdulillah kami berjaya tiba ke destinasi pertama kami dengan jayanya..weehuu..


1.Osaka Castle

berhenti rehat di sini dulu...snap picture sedasss..

holaaa...kami dah sampai di halaman luar Osaka Castle
Untuk melawat ruang di dalam Osaka Castle kami hanya menggunakan Osaka Amazing Pass tanpa perlu membayar ticket masukJika ingin bergambar dengan menggunakan kimono juga,terdapat booth yang menyediakan khidmat sewa kimono untuk di gunakan sebagai sesi fotografi barulah feel kan...he,,he..ceklin tak sempat nak sewa kimono sebab nak cepat ke lokasi seterusnya..




2.Tempozan Feris Wheel & Kayukan Aquarium



Kami meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya iaitu Tempozan Feris Wheel,Kayukan Aquarium.Ceklin baru perasan di lokasi ni kami kurang bergambar kerana masing2 mengejar masa untuk menunaikan solat jamak serta mengisi perut yang dah mula berkeroncong minta di isi he..he..lapar sudah...Alhamdulillah di sekitar kawasan ini terdapat restoran halal dan kemudahan ruang solat bagi pelancong muslim seperti kami.Di sini ceklin sempat menaiki kapal Santa Maria yang membawa kami  menyusuri Port Osaka dengan perjalanan lebih kurang 40 minit..Naik santa maria ni pun free tau just tunjuk Osaka Amazing Pass je..


ni diaa Santa Maria
atas kapal yang sedang meronda angin sejuk oii...
Setelah puas menghabiskan masa di sini kami mula bergerak ke lokasi terakhir untuk hari ini iaitu Dontobori/Shinshaibashi.Ketika di dalam perjalanan menuju ke stesen train berhampiran,kami menemui sebuah kedai kecil yang menjual souvenier di pinggir jalan...ownernya boleh bertututr dalam bahasa indon,maka kami singgah sebentar untuk membeli beberapa pcs freeze magnet untuk di jadikan buah tangan.Pada  pengamatan kami,hanya di sinilah satu satunya kedai yang menjual freeze magnet dengan harga yang murah 100 yen per pcs.Di sekitar pinggir jalan ini juga terdapat kedai yang menjual ubi keledek bakar,Ubi keledek bakar jepun ni memang sedap maniss...kami berhenti rehat dulu sambil menikmati keenakkan ubi keledek bakar jepun..nyam..nyam..sebelum meneruskan perjalanan.

serius sedap sampai tak cukup..



3.Dontobori/Shinshaibashi


Kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Dontobori/Shinshaibashi dengan menaiki train, turun di station Namba exit 4,...Alhamdulillah sampai sudah kami di sini.Kami menghabiskan masa di sini sehingga matahari mula terbenam,Di sini kami bershooping serba sedikit.alang2 dah sampai di sini kami singgah kedai 300 yen yang sangat berbaloi dan menikmati Takoyaki Original from japan dan setelah puas dan keletihan kami pulang ke penginapan untuk merehatkan diri.

taraaa...kami dah sampai

orang kata kalau tak ambil gambar glico man ni,maknanya tak sampai osaka lagi

mamat takoyaki yang femes dalam rancangan jejak jepun bersama zizan razak

kedai 300 yen..jangan lupa singgah ye

Maka tamatlah perjalanan kami untuk program hari pertama,Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan pada hari ini....







Ulasan


  1. Blog yang menarik, mengingatkan saya akan Seoul, di Myeongdong Malam Hari, di tengah padatnya ruas-ruas jalan di Myeongdong, gerobak-gerobak makanan berbaris di antara hotel-hotel, took-toko kecantikan, restoran , café dan kelab malam.
    Saya mencobe menulis blog tentang Seoil, semoga anda juga suka: http://stenote-berkata.blogspot.com/2019/11/seoul-di-myeongdong-malam-hari.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day 3 aktiviti melawat Gyeongbokgung place & National Folk Museum (Autum Season)