Day4 Rokko Snow Park & Tsutenkaku Tower (Osaka Shinsekai)

                           Haiii...assalammualaikum & salam sejahtera,hari ini merupakan hari yang ke empat kami di sini.Memandangkan esok kami akan pulang ke tanah air Malaysiaku tercinta,jadi kami mengambil peluang bercuti pada musim sejuk ini untuk bermain salji.Mengikut plan asalnya kami merancang untuk bermain salji di Hakodateyama Ski Resort tetapi memandangkan perjalanan yang sedikit jauh dan agak memakan masa yang lama, maka kami bertukar arah untuk bermain salji di Rokko Snow Park...main salji pun acah2 je tak tahan sejuk tuu...Walaupun di Rokko Snow Park saljinya bercampur dengan salji buatan, tapi kami tetap enjoy menghabiskan waktu di sini.


1.Rokko Snow Park


 naik cable car

sejuk oiiitt..

hollahh...nampak enjoy di situ

Setelah puas dan kepenatan bermain salji,kami berhenti mengisi perut yang mula kelaparan minta di isi maklumlah sejuk2 kan perut mudah lapar.Terdapat sebuah cafe berdekatan yang meyediakan hidangan halal serta ruang solat bagi kemudahan pelancong muslim seperti kami.


makan dulu sebelum ke destinasi seterusnya

Setelah puas bermain salji hampir separuh hari di Rokko Snow Park,kami memulakan perjalanan ke lokasi terakhir pada hari ini iaitu ke Osaka Shinsekai yang kebetulan berdekatan dengan kawasan penginapan kami hanya 10-15 minit sahaja dengan berjalan kaki.Kami menghabiskan masa berjalan2 di sekitar kawasan sambil bergambar kenangan di Tsutenkaku Tower dan membeli belah serba sedikit cenderahati untuk di bawa pulang ke malaysia.


2.Osaka Shinsekai

 di kawasan Osaka Shinsekai



inilah Tsuntenkaku Tower

Dengan ini berakhirlah sudah kisah pengembaraan ala2 backpacker kami sepanjang percutian di Osaka Japan.Semoga segala coretan yang di simpan  di sini dapat di jadikan kenangan abadi buat ceklin...semoga bertemu lagi di coretan yang akan datang,,,Sayonara...






Ulasan

  1. Menarik..ringkas & padat..tgh berjalan2 d blog yg penah pg jepun ni nk carik info..tks share..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day 3 aktiviti melawat Gyeongbokgung place & National Folk Museum (Autum Season)