Percutian ke Osaka Japan, winter Trip (Jan 2019)





                            KONICHIWAA....Haloo Assalammualaikum semua...update terkini kisah percutian kami ke negara matahari terbit untuk di abadikan kenangannya di sini.Ini adalah merupakan kali pertama kami menjejakkan kaki di salah satu bandar yang terbesar serta moden namun masih mengekalkan ciri2 traditional dan sangat terkenal dengan keindahan budayanya yang tersendiri iaitu bandar Osaka.Macam biasa ceklin jika bercuti ke luar negara pasti di temani oleh suami tersayang dan juga bersama sahabat2 backpacker yang lain.Plan percutian kali ini di anggarkan selama 6 hari 5 malam bermula pada tarikh 13-18 januari 2019 & musim pilihan kali ini adalah musim sejuk a.k.a musim salji.Tapi rata2 semua dah tahu di bandar Osaka ni sangatlah tipis untuk melihat dan menikmati keindahan snow yang turun ala2 hujan tu,tetapi keadaan suhu yang sangat rendah dengan tiupan angin yang sepoi2 sudah cukup membuatkan kami berasa sejuk beku hingga ke tulang hitam.Jadi sangatlah di sarankan menyediakan persiapan pakaian yang tebal2 serta sesuai dan jangan lupa menggunakan pelembab banyak2 bagi mengelakkan kulit menjadi kering dan gatal.


                    Kami memulakan perjalanan dari KLIA2 dengan menaiki penerbangan flight Air Asia perlepasan pada jam 02.15 ptg dan Alhamdulillah kami selamat tiba di Kansai Airport lebih kurang jam 9.40 malam.Perbezaan waktu di Osaka adalah lebih kurang 1 jam dari waktu di tanah air kita Malaysia,jadi  sila set jam tangan masing2 ye agar tidak keliru dengan waktu tempatan mereka.


sebelum berlepas di Klia2

Ketibaan di Kansai Airport


                                           Di sebabkan perjalanan yang memakan masa lebih kurang 6 jam 30 minit,maka kami agak keletihan, tanpa melengahkan masa kami meneruskan perjalanan menaiki train menuju ke penginapan kami yang terlatak di area Shin Immammiya.Kami perlu merehatkan diri secukupnya demi meneruskan misi untuk keesokkan harinya.Di bawah ini ceklin kongsikan transport pass a.k.a ticket yang kami gunakan sepanjang perjalanan kami di sini.


Osaka Amazing Pass & Kansai Truu Pass (3 days pass)

di depan penginapan tunngu owner serah kunci rumah

pintu utama penginapan gambar waktu siang

permandangan di luar kawasan penginapan waktu siang


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day 3 aktiviti melawat Gyeongbokgung place & National Folk Museum (Autum Season)