Percutian Day Trip ke Singapore

            Assalammualaikum & salam  sejahtera semua......lama rasanya tak menulis di ruangan bloog ceklin ni rinduunyaa...tak tahulah ada ke yang sudi singgah ke bloog ceklin ni,harap2 ada la yerr...
Okeyy perkongsian story ceklin pada kali ini adalah mengenai pengalaman bercuti secara singkat atau lebih tepat lagi al kisah percutian Day Trip ke Singapore baru2 ini.Secara jujurnya ceklin belum pernah lagi menjejakkan kaki ke Kota Singapura sebelum ini,walaupun ramai yang kata Negara jiran kita ni bukannya jauh sangatkan...hi...hi...tapi itulah hakikatnya.

               Percutian ke Singapore pada kali ini,ceklin masih menggunakan khidmat travel agensi sebab apa tau kalau ceklin & husband berjalan berdua aje macam tak seronoklah pulakkan..,So kami memilih untuk join trip ke Singapore ni secara beramai2 barulah meriahh gituuu.....Ohh ya sebelum  tu ceklin nak share info bagi mereka yang sememangnya kaki travel tapi lebih suka berjimat dan tidak suka serabut kepala untuk susun iteniri ketika plan bercuti korang.Untuk pengetahuan semua  sekarang terdapat pelbagai travel agensi yang menawarkan pakej percutian murah yang mungkin sesuai dengan bajet korang.Tapi awas ye jangan tersalah memilih pakej percutian Cik Tipahh Tertipuuu pulak ...Tolong elakkan yee korang...sayang duit cek oiii hati pun jadi panass..tak mau...tak mau..tak mau macam tu....

              Bagi trip ke SINGAPORE,ceklin telah memilih pakej dari Percutian MurahMurah Kak Joyah sesuai dengan tema melancong murah dan berbaloi highly recommended.Pakej dari Miss Joyah ni di bawah pengurusan syarikat Ayden Averroes Travel Sdn Bhd dan syarikat ini tersenarai dan berdaftar di bawah Kementerian Perlancongan Malaysia So jangan risau2 dan tak perlu pening2 kepala ceklin just bayar pakej trip dan segala urusan semasa bercuti di Singapore semua telah di uruskan oleh mereka.Yang paling penting kita Enjooyyyy..

         Seawal jam 9.30 malam ceklin & husband telah berkumpul bersama2 dengan rombongan trip di pintu masuk utama KL Sentral untuk mendaftar kehadiran peserta trip.Setelah selesai urusan pendaftaran tepat jam 10 malam kami telah menaiki bas yang di khaskan dan mula bertolak menuju ke JB.Lebih kurang jam 2.30 ke 3 pagi kami telah selamat tiba di Gelang Patah dan bermalam di sana seketika.Perjalanan kami di teruskan  setelah peserta selesai menunaikan solat subuh  dan bersarapan.Lebih kurang jam 7 pagi kami menuju ke pintu masuk imegresen Malaysia dan pintu masuk imegresen Singapore.ALHAMDULILLAH kami dah sampai Singapore HORREEYYYY...Oraitee jom follow sambungan story mory ceklin dan husband sepanjang satu hari di kota SINGAPORE...next episode okeyy...

Ulasan

  1. 💢👒 PROMO SINGAPORE HOLIDAY!! ☺💢
    .
    Jom book pakej murah-murah dgn sis:
    🌐USS (Universal Studios Singapore), harga Lebih Murah dari⭐RM259 ya (PM untuk harga EXTRA DISKAUN) = pakej dengan bus dari JB 2 Ways Transfer tau. Tiket Sahaja pun ada - PM.
    .
    "SingaporeTour" Trip Bajet dari JB SENTRAL:
    dari🔥RM97 seorang sahaja (if 3pax) Kalau ramai murah lagi..Tix lain-lain pun available. PRIVATE TRIP via ALZA & STAREX available. Dah sampai Johor? Jom lah kita masuk Singapore sekali. 😊
    .
    PM JESS di 🔸012-7760219
    Love Travel --> www.facebook.com/lovetravel86
    .
    🍉www.wasap.my/60127760219/sgtour (JESS)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day 3 aktiviti melawat Gyeongbokgung place & National Folk Museum (Autum Season)