1 Hari di Kota Singapore (2018)

         Haiii...Asallammualaikum semua & salam sejahtera..terima kasih pada yang sudi sambung membaca kisah ceklin yang seterusnya..Oraitee kita sambung terus ye hi..hi..Pagi ni tepat jam 9.00 pagi ceklin dan rombongan telah di bawa oleh tour guide dari Singapore berjalan menuju ke lokasi pertama pada hari ini.Lokasi pertama kami pagi ini adalah di Merlion Park,Cavanagh Bridge & Mirror Balls.Memandangkan percutian singkat kami  ke Singapore ini jatuh pada cuti umum iaitu cuti semperna Perayaan Tahun Baru Cina,maka memang ketika ini sangat padat dengan kehadiran pelancong2 yang bercuti di sini.Di sini kami menikmati permandangan serta tidak ketinggalan bergambar kenangan sebagai tanda kami telah pun sampai ke Singapore.


Taraaa...pose jangan tak pose




apa yang di renungkan tu pun tak tahulahh...



              Lokasi seterusnya kami di bawa pula  ke Mustafa Centre untuk memberi peluang kepada kami berbelanja serba sedikit cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia.Tapi sayangnya ceklin tak berkesempatan untuk bergambar di sini hu...hu.. gara2 terleka membelek2 barangan yang di jual di sini sampai hampir terlebih masa dari waktu yang di beri oleh tour guide kami.Di Mustafa Centre ceklin berpeluang membeli beberapa kotak coklat serta jajan untuk di makan sepanjang perjalanan kami.


Selesai membeli belah  serba sedikit di Mustafa Centre kami di bawa pula ke lokasi seterusnya di Malay Heritage Centre.Di sini kami di bawa melihat masjid Sultan dan berpeluang menunaikan solat Jamak di sini Alhamdulillah kewajipan di tunaikan terlebih dahulu.Berdekatan di lokasi ini juga kami di beri peluang untuk menikmati hidangan makanan tengahhari mengikut pilihan sendiri kerana di sini terdapat pelbagai restoran pilihan untuk di pilih bagi memenuhi selera kami.Restoran Kg Glam masakan melayu pilihan ceklin & husband.Di sini juga kami sempat bergambar untuk kenang kenangan.










          Okey lokasi seterusnya lagi dan lagi kami di bawa pula bershooping menghabiskan duit di Bugis Street pulaa... hoyyehh... di sinilah kami shooping sakan kerana di sini cenderahati yang di jual harganya sangat berpatutan dan agak murah juga.Di sini ceklin sempat membeli beberapa helai T.shirt SG, beberapa set Keychain dan juga beg sebagai cenderahati untuk diri sendiri, anak2 dan juga familly.


Di Bugis Street

Dan kami menuju ke lokasi seterusnya pula iaitu Sentosa Island,Palawan Beach dan bergambar di USS Globe.Memandangkan kami hanya mengambil pakej City Tour maka pakej kami tidak termasuk tiket Universal Studio Singapore.Kami hanya  berpeluang bergambar di USS Globe saja itupun dah okey sangat.





Jangan di tanya kenapa gambar ceklin je yang penuh kat sini hi..hi..ceklin mmg suka pose giteww acah2 retiss .Lokasi di sebelah petangnya pula kami menuju ke Garden By The Bay masih aktiviti yang sama bergambar dan terus bergambar sambil menikmati keindahan taman yang penuh dengan pokok bunga yang cantik2.






Lokasi terakhir pada hari ini pula adalah aktiviti bersantai di Marina Sands Bay sambil menikmati Light Show yang cantik dan menarik.Light Show ini biasanya berlangsung sekitar 15 minit yang akan bermula pada jam 8 malam.

bersantai dgn encik husband sementara menunggu Light Show bermula

Dengan ini maka berakhirlah cerita singkat perkongsian dari ceklin. Kisah percutian bajet di SINGAPORE untuk 1 hari ini sejujurnya Ceklin sangat berpuas hati dan rasa sangat berbaloi dengan perkhidmatan travel ajensi yang menjadi pilihan ceklin.Dan mungkin juga boleh di jadikan rujukan untuk korang yang berhajat untuk bercuti ke Singapore.Terima kasih untuk encik husband yang sudi bawa dan teman wife dia jenjalan.Terima kasih juga pada korang yang sudi singgah di bloog ceklin harap coretan ceklin dapat memberi manfaat kepada semua pembaca yang budiman.Sekian dari ceklin wasallam....















Ulasan

  1. Hi Admin. :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 / juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219 *Silakan lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day 3 aktiviti melawat Gyeongbokgung place & National Folk Museum (Autum Season)