percutian ala2 honeymoon ke korea 2017 (autumn season) 2nov-6nov 2017



assalammualaikum & salam sejahtera pada semua yang sudi menyinggah di blog ceklin...sebenarnya ceklin ni baru nak belajar menulis blogg sendiri...hu..hu..harap2 sudilah sekiranya korang baca yeee.... okeeyyyyyy...ni sebenarnya nak cerita pasal percutian ceklin dengan cik shuben bercuti ke korea baru2 ni...percutian ni sebenarnya atas keinginan ceklin yang gediikksss nak sngat bercuti ke sini gara2 banyak sangat menonton drama korea kannss,, pengaruh KDRAMA KOOOO.. ;-D..


Ceklin memilih musim luruh untuk percutian pertama kali ni,Korang nak tau sebabnya? sbb ceklin nak tengok permandagan daun2 pokok yg dah bertukar kaler kekuningan tu.....Cantik habaq hang....& Pluss nak rasa cuaca sojuukk tu...mmg time ceklin pergi tu sejukk gilerrr ....tetiba rasa tertipu dgn komen kawan2 yg pernah ke korea terlebih dahulu, diaorg kata kat ceklin pergi musim luruh ni cuaca nyaman sejuk ala2 genting or cameron jeee..tapi depa tipu ceklin hampeehhh!!! sejukkk macam duduk dalam peti aisss...

Oraite... ni ceklin nak story la kan  sepanjang  trip kami ke korea musim luruh ni.Tarikh kami pilih pada 2/11 hingga 6/11/2017...baru 2 mggu yg lalu ceklin & shuben balik dari bumi korea & oleh  di sebabkan masih freshhh kann, tu yg nak share laju2 kat korang nihh., tgh masih segar dalam ingatan giteww..Percutian kali pertama ini,Ceklin memilih menggunakan khidmat  travel agensi berdaftar & yg boleh di percayai..Alhamdulillah semua di uruskan oleh mereka dari A to Z.

Ceklin bertolak dari airport KLIA2 pada 2/11/2017 penerbangan sekitar jam 12.50 pagi dan tiba di airport Incheon jam lebih kurang 8.30 pagi ke esokannya.Alhamdulillah kami mendarat dengan selamatnya "seronok tak terkata ceklin".Masa tiba di  airport tu, turun aje  dari flight masing2 cari toilet hu..hu apalagi kann,.. amik kesempatan gosok gigi,basuh muka laa..musyukkk kott baru mangkit tidoq ha..ha..ha...Oleh kerana pergi by group & masing2 sibuk mempersiapkan diri.Selesai semua berkumpul kami pun bertolak menaiki shuttle train menuju ke bahagian imegresen utk pengesahan urusan cop pasportt. Setiba je di bahagian imegresen,..Aduhaiii.. punyalah ramai manusia beratur hu..hu..hu..bertabahlah wahai hati...femes tol korea ni berbagai2 bangsa &negara suka dtg ke sini bercuti termasuklah ceklin nih weewuuu...

Setelah selesai urusan imegresen & urusan bagasi,Ceklin terus keluar dari balai ketibaan. Tanpa menunggu  lama kami  di sambut oleh tour guide yang di pertanggungjawab untuk membawa rombongan kami berjalan sepanjang kami bercuti di bumi korea ni.Orang koreaaa tuuu weehuuu...Mr andy..Miss sarah & driver bas kami Mr lee...oohhooo...perkataan pertama  keluar dari mulut kami apa lagi kannn ...Anyeonghaseyo.... Wahh!!! terasa mcm Miss korea tuu kui..kui.....Rasanya cukup sampai di sini dulu....sebenarnya Ceklin excited nak story panjang2 lagi ni tapi memandangkan ada urusan lain nak di uruskan,Makanya Ceklin akan sambung ke episod yg seterusnya ye....Kalau sudi korang layanlah next episod nanti... SALAM..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Day 3 aktiviti melawat Gyeongbokgung place & National Folk Museum (Autum Season)